Michael Bay
Michael
Benjamin Bay atau lebih dikenali sebagai Michael Bay merupakan seorang penerbit
serta pengarah filem dan rancangan televisyen di Amerika Syarikat. Beliau telah
dilahirkan pada 17 Febuari 1965 di Los Angeles, California, USA dan dibesarkan
oleh ibu bapa angkat beliau yang bernama Jimmy Bay, iaitu seorang akauntan dan
Harriet Bay, pemilik sebuah kedai buku. Jimmy dan Harriet telah mengambilnya
sebagai anak angkat sewaktu beliau berusia dua minggu. Beliau yang merupakan
seorang warganegara Amerika Syarikat, telah mendapat pendidikan awal di
Crossroads High School, Santa Monica, California, seterusnya di Art College
Center of Design, Pasadena, California, dan akhir sekali di Wesleyan
University, Middletown, Connecticut pada tahun 1986. Sewaktu beliau masih
bergelar sebagai seorang pelajar di Art College Center of Design, beliau telah
berjinak-jinak dalam bidang penyiaran dengan membuat iklan komersial mengenai
Coca-Cola dan ketika beliau berada di Wesleyan University pula, beliau telah
memenangi Frank Capra Award hasil
daripada thesis ringkas tulisan beliau mengenai “Benjamin’s Birthday”. Oleh kerana minat yang mendalam mengenai
bidang penyiaran dan penerbitan, beliau telah menjalani latihan dengan George
Lucas semasa pengambaran “Raiders of the
Lost Ark” semasa beliau berusia 15 tahun. Beliau berasa kagum apabila
melihat filem di dalam teater dan hal ini mendorong beliau membuat keputusan
untuk menjadi seorang pengarah filem pada suatu hari nanti.
Setelah tamat pengajian pada usia 24
tahun, Michael Bay mula bekerja dalam bidang perniagaan musik video di
Propaganda Films. Beliau telah mencipta musik video untuk Tina Turner, Meat
Loaf, Lionel Richie, Wilson Philips, Donny Osmond dan The Divinyls. Hasil usaha
beliau membuahkan apabila beliau memenangi pencalonan anugerah MTV. Di samping
itu, beliau turut menghasilkan iklan untuk jenama Nike, Reebok, Coca-Cola,
Budweiser, dan Miller Lite. Beliau berjaya memenangi anugerah Commercial of thee Year di majlis Grand Prix Clio bagi iklan komersial “Got Milk/ Aaron Burr”.
Cita-cita beliau untuk menjadi
seorang pengarah tercapai apabila beliau berjaya menghasilkan filem-filem yang
bermutu tinggi dan mendapat tempat di hati penonton. Antara hasil karya beliau
yang terkenal ialah Armageddon (1998),
Pearl Harbor (2001), Transformers
(2007), Transformers: Revenge of the Fallen (2009), Transformers: Dark of the
Moon (2011), dan Transformers : Age of Extinction (2014). Selain filem lain
yang dihasilkan oleh beliau selain filem-filem tersebut seperti Bad Boys II (2003), The Island (2005), Pain
& Gain (2013), dan sebagainya.
Antara pencapaian beliau ialah
beliau telah menerima lima anugerah MTV Movie
Awards: Best Movie and Summer Movie bagi filem Transformers dan seterusnya anugerah Best Action Sequence bagi filem Pearl
Harbor, Bad Boys II, dan The Rock.
Michael Bay turut menerima anugerah Outstanding
Directorial Achievement in Commercials daripada Pengarah Kesatuan Amerika
pada tahun 1994. Selain itu, Beliau juga menerima Anugerah Vanguard ShoWest 2009 atas kecemerlangan beliau dalam
pembikinan filem. Beliau cukup terkenal kerana berjaya meraih kutipan yang
tinggi menerusi filem yang penuh aksi beliau. Kebanyakan filem beliau mendapat
kutipan melebihi $100 juta dollar kecuali filem Bad Boys dan The Island.
Hal ini berjaya mengangkat beliau sebagai pengarah yang berjaya mencapai
kutipan billion dollar dalam hasil seni yang dihasilkan oleh beliau.
No comments:
Post a Comment