Thursday, 2 November 2017

Sinopsis Meniti Senja - Sawako Ariyoshi

Sinopsis Meniti Senja, Karya Sawako Ariyoshi


Judul asalnya 'Kokotsu no Hito', diterbitkan pada tahun 1972 dan menjadi bestseller di Jepun ketika itu. Penulisnya Sawako Ariyoshi mengambil masa bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan buku ini. Secara ringkasnya, cerita ini berkisar tentang cabaran menjaga orang tua. Watak utamanya Akiko merupakan seorang wanita bekerja yang telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki: Satoshi yang bakal mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti. Kisah ini bermula apabila ibu mertua Akiko meninggal secara tiba-tiba dan tanggungjawab menjaga bapa mentuanya: Shigezo jatuh ke pundak Akiko. Ironinya, sebelum kematian ibu mertua Akiko, dia dan suami: Nobutoshi telah lama tidak mengendahkan keadaan Shigezo lantaran perangai buruknya yang suka menghina Akiko.

Lebih mengejutkan Akiko dan keluarganya, hanya setelah Shigezo terpaksa tinggal bersama mereka, barulah mereka tahu yang Shigezo sebenarnya telah nyanyuk. Anehnya, Shigezo cuma mengingati Akiko dan cucunya Satoshi meskipun sebelum nyanyuk, dia amat membenci mereka. Nobutoshi, anak sendiri pun tidak dikenali Shigezo hingga beberapa kali Nobutoshi dianggap pencuri yang menceroboh masuk. Hanya Akiko yang bersungguh-sungguh menjaga Shigezo hingga dia kerap bercuti oleh kerana keletihan menjaganya. Suaminya buat lepas tangan, malah Nabutoshi rasa meluat melihat bapanya sendiri dalam keadaan nyanyuk begitu. Sebetulnya, Nobutoshi nampak bayangannya sendiri dalam kelibat bapanya. Dia tidak sanggup memikirkan yang dia juga akan jadi nyanyuk sedemikian.

Hingga satu ketika, anak mereka Satoshi sampai meluahkan, "Mak, ayah.. janganlah hidup selama itu!" Ayat tersebut sangat memberikan kesan kepada mereka berdua hingga mereka mula memberi perhatian lebih tentang maklumat-maklumat berkaitan orang tua dan kenyanyukan. Meski Akiko berasa lelah dan adakala benci menjaga bapa mertuanya, dialah juga yang berasa sunyi dan menitiskan air mata apabila Shigezo akhirnya meninggal dunia.


Buku ini sebenarnya ingin menekankan peri pentingnya mengambil berat kebajikan orang-orang tua kerana generasi muda sekarang juga bakal melalui proses tersebut. Kesan daripada novel ini, masyarakat Jepun kini ada subjek khas di sekolah mengajar pelajar-pelajar tentang penjagaan kebajikan orang tua. Berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri, alhamdulillah saudara-mara dan orang-orang terdekat di sekeliling saya memang menjaga kebajikan ahli-ahli keluarga yang telah tua dan nyanyuk. Tiada yang dihantar ke rumah orang-orang tua

1 comment:

  1. Mens Wedding Bedding Bedding Ideas - TITNIA LIT
    ‎Dining Accessories · titanium linear compensator ‎Dining Accessories titanium bikes · titanium apple watch band ‎Dining titanium grades Accessories · babyliss pro titanium flat iron ‎Dining Accessories

    ReplyDelete

Peribahasa Memasang Lukah Di Pergentingan

Peribahasa Memasang Lukah Di Pergentingan Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada puisi tertua yang berkait rapat dengan kehi...