Friday, 6 October 2017
Diari Sebuah Kehidupan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Nama saya ialah Wan Aida Syahera Binti Wan Rasmi atau lebih mesra dipanggil sebagai Aida. Saya merupakan anak kelahiran negeri Kelantan. Saya dilahirkan pada tanggal 22 Julai 1996 di Hospital Besar Kota Bharu pada pukul 4.47 pagi. Sepanjang berusia 21 tahun, saya dibesarkan di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan. Saya merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak, tiga abang, serta seorang adik perempuan.
Alhamdulillah, buat masa sekarang saya masih mempunyai kedua-dua ibu bapa yang prihatin dan penyayang. Ayah saya bernama Wan Rasmi Bin Abdullah. Beliau telah berusia 58 tahun dan bekerja sendiri. Beliau adalah seorang yang tegas, namun ketegasan tersebut bertujuan mendidik dan menjadikan anak-anak beliau menjadi insan yang baik. Selain itu, ibu saya pula bernama Zunainah Binti Daud dan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Ibu saya yang berumur 55 tahun merupakan seorang yang penyayang, prihatin, mementingkan adap dan adat, serta boleh memainkan peranan sebagai seorang kawan yang baik.
Pada tahun 2002 hingga tahun 2008, saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Kota. Selepas tamat darjah enam, saya meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota sehingga tahun 2013. Pada tahun 2014 pula, saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma di UiTM, namun tawaran tersebut ditolak kerana saya lebih berminat untuk memasuki tingkatan enam aliran kemanusiaan. Saya meneruskan pengajian di tingkatan enam di sekolah yang sama, iaitu SMK Kota selama tiga semester. Berkat usaha dan doa ibu bapa, saya berjaya menjejakkan kaki ke kampus induk Universiti Sains Malaysia pada tahun 2016 dalam aliran sastera di bawah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Alhamdulillah, buat masa sekarang saya sudah berada di tahun dua dengan bermajorkan Bahasa Melayu dan berminorkan Sastera.
Saya berharap dengan adanya blog ini, saya mampu untuk mengasah bakat penulisan saya agar menjadi lebih baik serta dapat berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang lain kerana ilmu adalah pelita kehidupan.
Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peribahasa Memasang Lukah Di Pergentingan
Peribahasa Memasang Lukah Di Pergentingan Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada puisi tertua yang berkait rapat dengan kehi...

-
Gambar 1: Alat artikulasi Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi untuk mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bah...
-
Sinopsis Meniti Senja, Karya Sawako Ariyoshi Judul asalnya 'Kokotsu no Hito', diterbitkan pada tahun 1972 dan menjadi bests...
-
Peribahasa Memasang Lukah Di Pergentingan Peribahasa Melayu merupakan salah satu daripada puisi tertua yang berkait rapat dengan kehi...
No comments:
Post a Comment